Anakku Menggelabah

Robot j

Ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyempat nak sumbatkan ilmu ke dalam minda anak-anak.

Lebih malang, niatnya untuk mengejar deretan “A” dalam semua subjek supaya boleh dipandang hebat dan diceritakan kemegahan “A” anaknya di sana sini.

Natijahnya minda mereka tahap profesor, tetapi emosi, rohani dan fizikalnya taraf pra sekolah.

Apa yang nak dikejar sangat mak bapak oi. Mereka ada masa 17 tahun untuk study bab akademik.

Bukankah setakat ini sistem di Malaysia hanya SPM sahaja yang wajib?

Ooo.. baru tahu?

Agak-agak kalau anak-anak ini dilatih tubi dengan soalan SPM yang berformat itu selama 2 tahun, boleh tak score straight A?

Tepuk dada tanya guru tuisyen.

Akhirnya, kalau sikap ini berterusan, akan lahirlah generasi robot yang sentiasa perlu diprogramkan dan menunggu arahan dari tuannya sahaja.

Tidak mampu memilih sendiri jalan yang baik-baik.

Jika keseorangan dan jauh daripada ibu bapa, mereka kebanyakannya akan hanyut dek arus kejahatan.

Satu perkara yang boleh dididik dan dilatih khususnya di awal penggal persekolahan ialah mendidik dan melatih anak bangun pagi ke sekolah dengan sendiri.

Tidak hanya mengharap ibu bapa sahaja yang mengejutkan mereka untuk sembahyang subuh dan bersiap ke sekolah.

Ini sangat penting untuk masa depan mereka khususnya di masa dan tika yang mereka terpaksa hidup berdikari.

Ia juga menjadikan pagi hari ibu bapa yang bekerja khususnya tidak menjadi begitu kalut.

Caranya ialah denganmeminta persetujuan untuk melakukan perkara ini dengan anak-anak sambil menerangkan faedahnya untuk mereka.

Kemudian sebelum mereka masuk tidur, ingatkan yang mereka perlu bangun sendiri. Bekalkan mereka jam loceng atau alarm untuk membantu mereka terjaga.

Pastikan waktu tidur bermula selewatnya jam 10 malam.

Di minda anak-anak adakalanya masih kuat melekat,

“ala takpe tak bangun pun nanti tetap ada yang kejutkan..”

Anda kena kuat semangat untuk berpegang pada janji tidak mengejutkan mereka.

Risiko yang mungkin berlaku adalah:-

1) Terlewat bangun
2) Terlewat solat subuh @ meninggalkan terus
3) Tidak mengambil sarapan
4) Dikenakan tindakkan disiplin kerana lambat
5) Hilang mood belajar seharian
6) Ponteng sekolah

Inilah harga kesabaran yang perlu dibayar demi untuk mendidik sesuatu yang lebih besar di kemudian hari.

Mereka mungkin akan lewat dan lewat beberapa kali. Biasanya paling lama pun 3-4 kali daripada 17 tahun.

Setiap kali pengalaman lewat itu mereka tempuhi, kongsikan pengalaman itu bersama.

Minta feedback apa yang mereka boleh pelajari dan berikan nasihat yang membina, supaya mereka akhirnya berdaya untuk memilih berdikari serta rasa tidak seronok untuk menjadi robot dan lambat dalam kehidupan.

Ini sesuai dilatih seawal umur mereka di sekolah rendah dan sebelum akil baligh.

Kalau sistem tatacara yang dicadangkan ini dilanggar, biasanya ia tak menjadi atau kurang mujarab.

Selamat mencuba!

Anda pasti seronok melihat kesannya, Insha Allah.

 

===============================

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MABAH, jom sertai SEMINAR MABAH. Klik gambar untuk maklumat lanjut.

Klik disini untuk pendaftaran (2)

4 comments to “Anakku Menggelabah”

You can leave a reply or Trackback this post.
  1. Alhamdulillah…semua anak sudah di didik utk bangun solat subuh sejak usia 5thn….skrg anak yg usia 13thn apabila bangun jam 5.30am (biasanya 4.30am utk melancarkan bacaan al quran) sudah rasa sangat lambat. Dan rasa menyesal sebab rugi masa 1 jam utk dia bersiap ke surau & ke sekolah.

  2. Assalam.. Budaya ini telah lama bersemadi di fikiran kebanyakan masyarakat kita..sehingga lupa pembangunan insan itu jauh lebih penting.. Pelajar2 menjadi terlalu letih menjadi pekerja sekolah utk menghasilkan keputusan cemerlang n terbilang.. Semua fokus tertumpu kpd peperiksaan..sampai terlupa byk lg ilmu2 utk hidup tidak kita ajar..saya sering melihat ada anak2 yg masih berpakaian sek di mlm hari.. Knpkah pelajar yg mendapat deretan A kebantakannya tidak cemerlang di univ..? Jawapannya senang..mereka sudah terlalu letih diperas beberapa tahun utk menyimpan ilmu dr buku teks.. Di univ tiada siapa yg memantau bukan.. Semuanya bergantung kpd diri sendiri.. Akhirnya mereka mmg betul2 hendak berehat..wallualam…

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.