ERTI HIDUP PADA KESEIMBANGAN (Part 1)

Manusia bergelut untuk mencari erti hidup di dunia di antara dua keseimbangan.

Keseimbangan untuk mengiktiraf diri menjadi hamba yang hina dina, dan keseimbangan diri untuk menjadi penyumbang kehebatan yang bermakna kepada persekitaran.

Dua kutub yang bertentangan dan saling tarik menarik.

Terjadilah permasalahan ibu dan ayah yang sibuk mendisiplinkan diri dan anak-anak, membina anak yang mahu belajar sepanjang hayat, bijak merancang dan membuat keputusan, pemberi inspirasi juga sumbangan kepada masyarakat sekeliling, tetapi kosong daripada makna hamba kepada Dia.

Sekadar untuk kepuasan diri, seronok, dapat nama dan pengiktirafan, hidup tersusun dan full stop, malang lagi kalau semua itu membawa kepada perasan hebat atau bajet bagus.

Ia masih lompong dari makna “tujuan aku dicipta hanyalah untuk ke sana”.

hidup

Sebaliknya pula, ada yang melalui proses di dunia seluruhnya, tetapi tersekat hanya kepada maksud penghambaan yang menolak dan mengkesampingkan jauh potensi diri dan anak-anak ketepi.

Jadilah mereka anti sosial, pengguna berpanjangan tanpa berusaha menjadi pencipta, semua seadanya, hamba katanya.

Hebat dengan Dia dari sudut ibadat ritual, tapi menolak ketepi pengimarahan bumi.

Ini semua menjadikan sama ada di dunia hebat banget, di sana tak tahu punca, atau sebaliknya, di sana hebat di dunia tenggelam punca.

Anda di mana?

.

Kita akan terus bergelut untuk menyeimbangkannya, sesuai dengan tujuan kita dicipta.

Proses pegelutan pula terbahagi kepada dua.

Pertama pergelutan keseimbangan seperti yang kita bincangkan tadi, dan kedua, pergelutan untuk melengkapkan diri untuk pergelutan pertama.

Mari kita fokus kepada pergelutan kedua. Ini perlu difahami dengan baik, kerana apa yang kita bincang ini adalah hukum alam yang tidak berubah untuk diharmonikan dalam kehidupan kita.

Segalanya hancur, habis tips-tips keibubapaan segala macam, kalau perkara ini tidak dapat dipatuhi.

Datanglah malaikat sekalipun yang memberi teori itu dan ini pelbagai, ia hanya menjadi sia- sia kerana malaikat boleh datang untuk membimbing, tapi dia tidak boleh buatkan untuk pihak kita, melainkan kita yang mahu membuatnya.

Pembinaan aspek itu ialah aspek:-

Fizikal- pemakanan & penjagaan kesihatan | disiplin
Intelektual- sentiasa belajar | berkongsi visi hidup
Emosional- menyayangi | sentiasa membara semangat

Sebelum tanda “|” adalah kendiri, manakala selepas tanda “|” adalah kepimpinan.

Dari sudut fizikal kendiri, untuk ibu dan ayah terus bertenaga untuk melahirkan anak-anak yang mantop pemakanan perlu dijaga dari dua aspek:-

1. Mendapatkan rezeki yang halal dan berkualiti (halalan toyyiba).

Dapatkan ibu ubat (menjaga pemakanan: makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang) sebelum mendapatkan suppliment / ubat yang bersesuaian.

2. Beriadah dan tidur yang cukup

Daripada sudut fizikal kepimpinan pula ialah membuat undang-undang dan jadual di rumah dan luar rumah bersama dan komited untuk mengikuti sistemnya.

Berikut adalah cadangannya:-

1. Jadual belajar maksimum 2 jam sehari dari awal beserta pantauan ibu dan ayah
2. Jadual bermain dan santai di celahnya
3. Pembahagian tugasan maintanance rumah kendiri dan umum / secara
bersama- bersama

 

===============================

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MABAH, jom sertai SEMINAR MABAH. Klik gambar untuk maklumat lanjut.

Klik disini untuk pendaftaran (2)

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.