ERTI HIDUP PADA KESEIMBANGAN (Part 2)

Dari sudut intelektual kendiri sentiasa menambah ilmu melalui pembacaan khususnya yang selari dengan visi dan misi hidup.

Dari sudut intelektual kepimpinan ialah berkongsi dengan menyampaikan (speech) kepada ibu dan ayah dan sesama anak beranak tentang visi dan misi hidup sepanjang pendakian kehidupan, termasuk responsif dan kritis kepada isu semasa.

.

Emosional kendiri pula kena positif dan sentiasa menyayangi.

Kata kunci tidak boleh mengkritik, tetapi memaklum balas tindakan secara positif.

InsyaAllah kita akan disayangi dan dihormati semula oleh anak-anak.

Manakala emosional kepimpinan pula adalah dengan melakukan aktiviti yang menguatkan lagi ikatan kekeluargaan, kasih sayang dan baraan semangat seperti:-

1. Hari keluarga yang terancang
2. Permainan indoor yang menyeronokkan bersama
3. Beriadah di luar samada one off atau bermalam
4. Melancong ke destinasi idaman bersama
5. Menonton rancangan berfaedah bersama
6. Membeli belah dan makan di luar bersama
7. Sambutan harijadi setiap anak
8. Aktif dalam menyumbang kepada kemajuan prestasi anak di sekolah serta kemajuan warga dan persekitaran sekolah

Kesemua itu nampak terlalu ideal dan sangat teknikal.

Tetapi percayalah ianya tidak seperti yang disangkakan.

Hanya sedikit masa, usaha dan komitmen yang akhirnya bertukar menjadi habit yang sihat dan menyeronokkan dalam sesebuah keluarga.

Kata kuncinya disiplin dan just do it.

just do it

Anda akan merasainya.

Jangan terlalu banyak mengomel dan beralasan.

Bertindak sehingga anda merasai kenikmatannya sendiri.

 

===============================

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MABAH, jom sertai SEMINAR MABAH. Klik gambar untuk maklumat lanjut.

Klik disini untuk pendaftaran (2)

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.