Nak tahu anda berada di tahap mana sebagai Ibu bapa?

Jika kita ditempat kerja, anda mungkin sudah terbiasa untuk dinilai KPI atau nama penuhnya “Key Performance Index”.
kpi-tahap

Namun pernahkah anda bertanya diri sendiri sebagai ibubapa, dimanakah tahap kita?
Apakah KPI ( Key Performance Index ) kita sebagai ibubapa juga berada pada tahap yang sepatutnya?
ibubapa

Setelah kita mengetahui, bahawa kata kunci keibubapaan adalah pada perubahan diri kita, ibu bapa dahulu, mari kita dalamkan lagi pengembaraan mengenal dan mencermin diri, di manakah tahap kita?

Ini penting supaya kita tahu, yang mana perlu dikekalkan momentum yang baik dan yang mana perlu diperbaiki agar kita tidak perasan baik, atau orang sekarang panggil bajet bagus, kononnya dialah ibu bapa yang terbaik dan tak bersalah sikit pun.

“Syurga anak-anak hanyalah di bawah telapak kaki kami”.

Woo, menjustifikasikan maksud hadis untuk menghalalkan tindakan mereka selama ini ke atas anak-anak mereka.

Kalaulah Rasulullah hidup dan ada bersama kita di rumah kita melihat perlakuan seharian kita bersama anak-anak, apalah persepsi baginda agaknya…

Mungkin nabi gembira, tak mustahil kecewa.

Tahap yang paling rendah ialah tahap biasa / biasa-biasa.

Tahap ini ibu bapa cuba memainkan peranan tetapi melalui cara berpesan-pesan dan teguran.

Apapun yang berlaku pada anak mereka ditegurnya dan dipesan tanpa mengira adakah mesej teguran difahami dan sampai?

Adakah ia berkesan dan ada tindakan positif yang menyusul selepas itu?

Pesan memanjang, yang penting pesan. Nampak macam melampau sikit, tegur.

Silap tafsiran daripada anak-anak yang melihat reaksi ini, mereka akan mengatakan, “asyik membebel aje..!”.

Ibu dan ayah seperti ini mudah kecewa, teguran tidak berkesan dan hanya membuang masa dan tenaga, namun anak-anak tetap melakukan kesalahan yang sama.

Paling kurang gunakanlah teknik menggesa.

Sebagai contoh ketika meminta anak mendirikan solat, teknik biasa;

“Man, oh Man, pergi solat tu, dah masuk waktu ni.”

Jeritan sang ibu dari jauh, entah si Man tu solat ke, leka terus main game ke, entah khayal dengan sinetron ke, yang penting aku dah pesan dan didik, perasan si ibu di dalam hatinya.

Selang beberapa ketika, Man masih tidak solat dan waktu solat semakin suntuk, volume ditinggikan memesan perkara yang sama sambil menjengukkan muka di hadapan anak dan terus berlalu, Man masih leka, si ibu juga terleka dan akhirnya berlalulah waktu solat tanpa Man solat.

Yang belajar sikit kat masjid surau, dirotan anak tersebut untuk menjustifikasikan bahawa nabi suruh rotan anak 10 tahun yang tidak solat, abah yang jarang-jarang berpesan kononnya menjalankan tugas mulia merotan si Man tadi…Zuupp.

Apa perasan anda kalau anda berada di tempat Man?

Menggesa adalah tegas pada prinsip kemahuan melakukan sesuatu, dan menunggu juga menggesa sehingga sesuatu kelakuan berlaku di hadapan matanya, barulah boleh bertenang.

Ibu bapa hanya perlu bercakap dengan baik tapi ada ketegasannya di hadapan muka anak dan terus tercegat di situ sehinggalah si Man tadi bangun mengambil wuduk, menghamparkan sejadah, dan solat.

Barulah ibu dan ayah boleh beredar.

Kalau buat yang inipun, ianya baru tahap paling rendah iaitu biasa.

.

Tahap kedua pula ialah tahap baik.

Tahap ini ibu bapa meng “upgrade” kan skill memesan dan menegur kepada memberi sebab musabab, kenapa ibu atau ayah lakukan sedemikian rupa.

Teknik ini lebih digemari dan berkesan untuk anak lelaki tanpa menafikan anak perempuan juga ada manfaatnya.

Contoh situasi;

Pang.. Satu tamparan hinggap kat muka anak.

Lantas si ayah cuba menjustifikasikan tindakannya,

“ayah tampar kau ni bukan kerana ayah nak tampar, tapi kau dah melampau sangat, kurang ajar pada mak, duit ayah kau curi, sekolah ponteng pulak lagi, solat pun entah ke mana, dan kau dah makin dekat dengan neraka Allah, jadi ayah tarik semula kau ke pangkal jalan dan dekatkan kau balik ke syurga, salah ke ayah?”

Barulah proses berfikir oleh anak berjalan dan mereka merasakan mereka layak dan patut dihukum sedemikian rupa.

Teknik ni bukan mesti menggunakan kekerasan, yang pentingnya ialah alasan atau sebab musabab kenapa mereka perlu itu dan ini diterangkan dengan baik sehingga proses loading berfikir berlaku.

Setakat dua tahap ni anda tahap yang mana ye?

Nak tahu jawapan yang tepat tanya anak-anak sendiri atau pasangan hidup.

Bersambung

.

anda nak tahu tahap seterusnya? Komen “saya nak” di bahagian komen dibawah.

 

===============================

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MABAH, jom sertai SEMINAR MABAH. Klik gambar untuk maklumat lanjut.

Klik disini untuk pendaftaran (2)

7 comments to “Nak tahu anda berada di tahap mana sebagai Ibu bapa?”

You can leave a reply or Trackback this post.

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.