website f

35 comments to “SESI SOAL JAWAB MASALAH MENDIDIK ANAK”

You can leave a reply or Trackback this post.
    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: December 29, 2014 at 11:41 am

      Waalaikumussalam Puan Salmah,

      Sedikit respon saya tentang anak yang malas bantu buat kerja rumah:-

      1) Ibu bapa perlu membuat cerminan diri tentang tahap kemalasan diri kita.
      2) Asyik suruh tak putus, terlalu banyak menyebabkan mereka bosan, adakala suruhan itu untuk kita relax dan mereka yang letih.
      3) Lelaki berbeza dengan perempuan. Lelaki memang banyak alasan dan sedikit liat berbanding perempuan.
      4) Kenal kesukaan dan fitrah umurnya.
      5) Kemalasan bertambah apabila kita biarkan dia buat sorang kerja tersebut, kita buat kerja lain dan tidak pula menghargai kerja mereka.
      6) Adakala anak-anak tak mahir atau tak faham bagaimana nak buat kerja yang dipinta dengan sempurna, jadi tunjukkan kepada mereka.
      7) Tak loadingkan otak dia, kenapa dia perlu buat begini.
      8) Amalkan Maintanance System (Tabungan 10sen satu kesalahan selepas sudah mengemas rumah bersama-sama ala wonderpets sistem).
      https://www.zamrizainuldin.com/v1/nak-tak-jimat-rm8400/

  1. Assalamualaikum.
    Anak remaja saya culas untuk solat. Doa saya semoga anak2 bersolat dan dapat jadi ikutan adik2. ..Adakah saya gagal membentuk anak2 remaja saya…saya risau susah hati memgenangkan cabaran mereka jika saya di alam kubur tiada doa dan sedekah Al Fatihah dari mereka…masya’Allah

  2. Assalamualaikum, Anak kecil saya umur 4y, suka mengamuk dan memberontak apabila inginkn sesuatu, bagaimana untuk saya jadi lebih tenang dan sabar dalam memujuk dan menanganinya.

  3. Assalamualaikum ustaz, terima kasih byk2 sbb memberi ruang bertanya..hendak bertanya lpd ustaz bagaimana cara mendidik anak yang berumur 4 -6 tahun supaya mnjadi ank yg mendengar kata.. sdgkn waktu inilah mereka akan bertindak tidak menentu.. kdg2 berckp dgn nada nasihat tidak berjaya..tengkingan pun lagi tidak.. bolehke nk pukul manja…terima kasih ustaz

  4. Assalamualaikum ustaz,saya seorang ibu yg garang dgn ank2.kini timbul perasaan menyesal bila ingat blk apa yg pernah sy buat pd ank2 terutama ank yg sulung.anksulung sy kini jd pasif dlm pergaulan kesan dr sikap sy sblm ini.mcmana sy nk pulihkan keadaan ini.mohon pencerahan.

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: December 26, 2014 at 9:01 am

      Waalaikumussalam Puan.

      Pertama sekali tahniah kerana Puan telah menyedari dan mengakui kesilapan Puan. Ia adalah langkah pertama yang sangat positif.

      Cadangan saya untuk Tindakan Puan;

      1) Minta maaf secara terbuka pada anak yang selalu dimarahi tadi.

      2) Tunjukkan bukti (tingkah laku) yang kita berusaha dan sudah berubah. Contohnya, banyakkan pujian dan galakan pada perbuatan baik anak-anak.

      3) Berani mengakui dan menyatakan yang banyak mak marah dulu adalah salah. Puan perlu berani mencuba dan pedulikan apa orang kata jika benda yang Puan nak cuba itu baik.

      4) Terus menerus berdoa memohon pada Allah secara khusus untuk diberi kekuatan menghadapi ujian dan dugaan ini,

      Insha Allah saya doakan Puan kuat.

  5. Salam ustz. Anak pertama saya lelaki yg ke dua perempuan umur 10 n 6th. Rajin mengaji tampa di suruh. Tpi bab solat masyaallah susah. Nk kena ugut nk rotan baru buat. Mcm mana saya nk tanamkan minat solat pda mereka. Yg lelaki tu agar pintar dlm akedemik.

  6. Asalamualaikum ustaz.
    Tkasih atas peluang ini.

    Saya mpunyai 5 org anak lingkungan 2 hingga 14 tahun. Sy bekerja.

    1.Bagaimana nak membuatkan anak2 secara sendirinya apabila tiba waktu solat akan segera menunaikannya tanpa dipaksa atau disuruh
    2.anak2 minat untuk mengaji dan rajin mengulang kajinya di rumah
    3.anak yg kecil selalu terikut pcakapan atau plakuan abg dan kakak2nya ( yg agak kasar)
    Tkasih ustaz.

  7. Assalam ustaz..terima kasih krn mmbuka ruangan ini utk kami btanyakn soalan tntang ank2..sy ada 3 org ank umur 10,8 dan 5..
    Mcmna sy nk tarik minat ank2 supaya bsolat..mereka solat tp mcm trpksa..sy selalu mengajak mrk utk solat bsama2 tp selalunya dgn cara pgang rotan..sy risau memikirkn msalah ini..

  8. Assalamualaikum ustaz.. Mohon bantuan ustaz :
    1) anak lelaki saya berumur 3 tahun setengah sangat mudah tertarik dengan gambar2, cerita2 atau video2 yang memaparkan gambar perempuan berpakaian seksi. Adakah itu normal? Apa yg perlu saya buat utk membetulkannya?

    2) kadangkala saya bersikap terlalu tegas dan garang dengan ank2 sehingga saya rasakan ianya membuatkan anak sulung (5tahun) kurang keyakinan diri. Bagaimanakah cara utk saya kurangkan sikap garang dan tingkatkan semula keyakinan diri anak2?

    Terima kasih ustaz.

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: December 29, 2014 at 11:55 am

      Waalaikumussalam Puan Nordiana,

      1) Respon soalan satu;

      a. Ianya tak normal, bayangkan ianya diperlihatkan depan seorang mufti.
      b. Bagaimana dia boleh akses? Kerana dia sendiri atau ibu bapa yang biasa pamer.
      c. Kenapa biarkan dia akses? Bertindak dengan menghalang jalan-jalan ke arah mudah akses.
      d. Berikan mainan / alternatif lain sebagai ganti supaya fokusnya kepada perkara tidak baik tadi hilang.

      2) Respon soalan dua;

      Minta maaf secara terbuka kerana kegarangan yang mungkin pada bukan tempatnya.

      Kemudian, baiki diri dengan memegang dada setiap kali mahu marah sambil menukar mind set, inilah peluang untuk aku berkomunikasi dan merapatkan hubungan dengan anak-anak, bukan untuk melepaskan geram semata-mata.

  9. Assalamualaikum ustaz,
    Terima kasih memberi peluang ini..

    Sering saya dengar para ustaz dan motivator kata apa yang ibubapa fikr,sangka,cakap dan rasa adalah doa tetapi saya tidak pernah fikir,sangka,cakap, rasa dan doa negative terhadap anak saya sebelum ini.

    Anak lelaki saya berusia 17 tahun dan sedang menuggu keputusan SPM Sekarang anak saya seorang perokok semenjak berusia 15tahun sedang ayahnya tidak merokok..
    Suka menonton perkara2 tidak elok, sering mengeluar perkataan yang tidak elok ketika bersama rakan. Alhamdulillah ketika dirumah tidak pernah mengeluarkan perkataan yang tidak elok. Apapun dia seorang anak yang baik, mengikut perintah dan jarang untuk meniggikan suara kepada kami.

    Soalan saya;
    1. Bagaimana saya hendak menerapkan kepada anak saya (termasuk saya) untuk beribadat dan melakukan amal soleh kerana Allah kerana saya takut dia melakukan bukan kerana Allah tetapi kerana perintah saya dan peraturan yang saya tetapkan seperti jika hendak keluar jumpa rakan2 kena solat dulu

    2 Mengapa saya bersangka baik terhadap anak saya tetapi berlaku sebaliknya.

    3 Saya tidak lagi memeluk dan menciumnya apabila saya dapat tahu dia menonton video yang tidak elok. Adakah tindakan saya ini salah?

    Mohon pencerahan

    Terima Kasih ustaz

  10. Slm ust.saya ada ank yg berusia 5 & 1thn.ank yg sulung berubah perangai sejak mendapat adk.suka berebut,kuat merajuk,buat tak dengar bila dipanggil.saya buntu untk mendidik agar mnjd cth pd adiknya.mhn nasihat dan pandangan ustaz.saya kadang kala hilang sabar dengan perangainya.

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: December 26, 2014 at 8:46 am

      Perkara ini adalah normal bila kasih sayang mula dikongsi dengan anak beranak yang lain.

      Jadi :-

      1) Pamerkan kasih sayang dan perhatian yang cukup juga pada anak sulung sehingga dia tidak merasakan lagi bahawa dia sudah tidak disayangi.

      2) Menerangkan dengan penuh kasih sayang dan rasional kenapa baby perlukan perhatian lebih sedikit berbanding dia yang sudah lebih pandai mengurus diri. Yang terbaik bukan penerangan, yang terbaik ialah soalan yang akhirnya dia sendiri yang memberikan jawapannya.

  11. Assalamualaikum,

    Anak saya berumur 4 tahun, lelaki. Dia sangat berminat dengan sesuatu yang tidak sepadan dengan umurnya seperti solar system, atlas, science, etc. Saya ‘terpaksa’ menerangkan dan menggalakkan dia belajar. 1) Persoalannya adakah tindakan saya ini salah? 2) Adakah kajian yang pernah dibuat mengenai kesalahan mengajar anak tidak mengikut tahap umur? Dinegara yang saya menetap, kanak2 hanya diajar untuk bermain dan meningkat kemahiran sehingga berumur 8 tahun- baru start belajar ABC, ternyata anak2 mereka berdikari, self esteem tinggi, etc. 3) Apa perlu saya lakukan jika tindakan saya salah?

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: January 8, 2015 at 9:27 am

      Waalaikumussalam.

      Tiada salahnya kerana Rasulullah juga mendahului kanak-kanak yang sezaman dengannya. Cuma jangan terlalu memberatkannya.

      Rangsang deria kinestatiknya lebih berbanding proses berfikir. Mungkin anak puan genius, siapa tahu.

  12. Assalamualaikum ustaz,

    Bagi pasangan yang telah berpisah, dan anak-anak dijaga oleh isteri, bagaimana @ apa peranan yang perlu dimainkan oleh suami dalam mendidik anak-anak, jika suami (bapa) hanya berpeluang berjumpa dengan anak-anak hanya pada hujung minggu sahaja.?

    Terima kasih.

  13. Assalamulaikum…ustaz saya ada seorang anak disleksia…berumur 10 tahun. Apabila saya suruh dia semuanya ada jawapan solat ada jawapan…g sekolah ada alasan dan apa sahaja adalah alasan dan susah saya pujuk untuk melakukan sesuatu yang saya fikir amat penting dalam hidupnya. Bagaimana @apa yg hrus saya buat supaya dia terus melakukan apa yg saya minta tanpa perlu berikan jwpan setiap kali saya minta dia lakukan. Tq ustaz..

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: January 8, 2015 at 8:10 am

      Waalaikumussalam.

      Adakah puan sudah menghantarnya ke sekolah pendidikan khas yang mempunyai kepakaran disleksia ini?

      Setahu saya di bawah JPN dan JKM Sememangnya ada. Biasanya mereka mempunyai banyak cara dan cadangan untuk anak yang normal ini, cuma mempunyai sedikit gangguan pembelajaran sahaja.

      Maaf saya kurang kes menghadapi anak-anak seperti ini.

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: January 8, 2015 at 8:08 am

      Waalaikumussalam.

      Boleh. Asalkan membawa maksud positif dan baik. Walau dalam apa jua bahasa di dunia ini sekalipun.

  14. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْوَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    ustaz, boleh tak saya sarankan anak2 saya menderma dengan duit mereka sendiri..? contohnya, memderma utk mangsa banjir.. bolehkah guna duit anak?

    • Zamri Zainuldin
      Zamri Zainuldin says: April 16, 2015 at 2:45 pm

      InsyaAllah boleh tiada masalah. Tambahan perkara ini perlu diteliti bersama:-

      1) Pastikan amount derma tidak memudharatkan mereka atau kita
      2) Jangan lupa penerangan tentang maksud derma dan faedahnya
      3) Boleh juga dilatih dengan menggunakan duit kita untuk akhirnya diberikan kepada anak supaya duit itu digunakan untuk derma atau menggunakan terus duit tabungan/simpanan mereka tanpa paksa tapi penerangan dan didikan

Write a Reply or Comment

Your email address will not be published.